Tuesday, April 5, 2011

Pertukaran Kakitangan BK&P

Warga BK&P mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Encik Mohd Sharif bin Hamid yang telah melapor diri di Bahagian Strategi Korporat mulai 1 April 2011 yang lalu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan kepada BK&P semasa beliau bertugas di sini.

Warga BK&P juga mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat Puan Noor Hapizah binti Abdullah yang bertukar dari Bahagian Usahawan. Semoga kehadirannya di Unit Perolehan akan memantapkan lagi perkhidmatan BK&P.

Nama: Mohd Sharif bin Hamid
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (N17)
Penempatan Semasa: Unit Perolehan
Penempatan Baru: Bahagian Strategi Korporat
Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2011


Nama: Noor Hapizah binti Abdullah
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (N17)
Penempatan Semasa: Bahagian Usahawan
Penempatan Baru: Unit Perolehan
Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2011

Selamat Memulakan Tugas di Cawangan

BK&P mengucapkan selamat memulakan tugas kepada 3 orang Pembantu Akauntan yang telah melapor diri di cawangan masing-masing pada 4 April 2011 setelah menjalani latihan selama 2 bulan di Unit Kewangan. Mereka ialah Cik Amalina binti Rossli (cawangan Selangor), Cik Norazima binti Zakaria (cawangan P. Pinang) dan Cik Nurul Aini binti Md Dan (cawangan N. Sembilan).

Semoga dengan kehadiran mereka ini akan dapat memantapkan lagi sistem kewangan di cawangan ke arah yang lebih cekap dan efisien.

Dua dari kiri: Cik Amalina binti Rossli dan Cik Norazima binti Zakaria
Duduk: Cik Nurul Aini binti Md Dan

Sunday, April 3, 2011

Tahniah!!! SPM 10A


Tahniah diucapkan kepada Encik Sahazubir bin Idris (gambar) yang lebih dikenali sebagai Pak Uda kerana seorang lagi anaknya telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun lepas. Kali ini, anak sulungnya Muhammad Anas yang mengambil peperiksaan SPM telah mendapat 10A dan memperolehi 1B+ bagi mata pelajaran pilihan iaitu Bahasa Arab Tinggi.

Muhammad Anas, pelajar aliran sains tulen di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang telah menghafal 3 juzuk Al-Quran dan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. Beliau telah memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR sebelum ini dan mendapat 3A 2B dalam peperiksaan UPSR sebelumnya.

Adik keduanya, Yuhanis berjaya mengikut langkah abangnya apabila mencatat 9A dalam peperiksaan PMR tahun lepas dan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR sebelumnya. Beliau kini belajar di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) dalam tingkatan 4.

Adik ketiganya, Muhammad Ammar juga turut mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas apabila mendapat semua A iaitu 5A. Beliau kini belajar di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) bersama kakaknya dalam tingkatan 1.

Semoga kejayaan Pak Uda mendidik anak-anaknya akan menjadi pendorong kepada semua kakitangan Kraftangan Malaysia untuk membentuk anak-anak ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Wednesday, March 30, 2011

Jamuan Keraian Bahagian

Pada 25 Mac 2011 yang lalu, Bahagian Kewangan & Pembangunan telah mengadakan jamuan bagi meraikan seorang anggota kerja yang akan berpindah ke bahagian lain, 3 orang kakitangan baru, 3 orang Pembantu Akauntan yang akan melapor diri di cawangan setelah 2 bulan menjalani latihan di Unit Kewangan dan 2 orang pelajar dari UiTM yang akan menamatkan latihan praktikal mereka setelah 5 bulan menjalani latihan di Unit Kewangan.

Anggota kerja yang akan berpindah ialah Encik Mohd Sharif bin Hamid yang bertukar dari Unit Perolehan ke Bahagian Strategi Korporat pada 1 April 2011. Anggota kerja baru yang mula melapor diri pada 1 Februari pula ialah Cik Nur Aini binti Abdollah (Unit Kewangan), Puan Nurul Shafura binti Che Pura (Unit Perolehan) dan Encik Mohd Shanaidi bin Mohd Shafiae (Unit Pembangunan). Manakala 3 orang Pembantu Akauntan yang akan melapor diri di cawangan pada 1 April ialah Cik Amalina binti Rossli (Selangor), Cik Norazima binti Zakaria (P. Pinang) dan Cik Nurul Aini binti Md Dan (N. Sembilan).

2 orang pelajar jurusan BBA (Hons) Finance dari UiTM yang diraikan ialah Cik Nur Suhana binti Azhar dan Cik Shahida binti Sanuse yang akan menamatkan latihan praktikal mereka pada 15 April 2011. Berikut adalah gambar-gambar menarik ketika majlis berlangsung.










Thursday, March 24, 2011

Sesi Pemeriksaan dan Serahan Bas Baru








Pada 16 Mac 2011 (Rabu) yang lalu, telah diadakan sesi pemeriksaan dan serahan bas baru kepada Institut Kraf Negara di Institut Kraf Negara, Rawang. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah Bahagian Kewangan & Pembangunan, Pengarah Institut Kraf Negara, beberapa orang kakitangan Kraftangan Malaysia dan juga 2 orang wakil dari syarikat pembuat bas, Sumai Engineering Sdn Bhd iaitu Pengurus Besar dan Pengurus Pemasaran mereka.

Bas yang bernilai RM495,000.00 itu telah diuji dan diperiksa untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada peringkat awal sebelum penyerahan dibuat. Pihak Sumai Engineering akan membaiki sebarang kerosakan atau kecacatan sepanjang tempoh jaminan selama setahun.

Dalam ujian itu, Yang Berusaha Ketua Pengarah telah memandu sendiri bas yang mendapat sentuhan rekaan dari Pusat Rekaan Kraf, Kraftangan Malaysia. Bas tersebut menggunakan chasis Scania buatan Sweden yang diakui antara chasis bas yang terbaik.

Semoga perjalanan pelajar-pelajar Institut Kraf Negara dan kakitangan Kraftangan Malaysia akan lebih lancar selepas ini dengan pembelian bas baru tersebut.

Monday, March 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Hakimah


Pada 5 Februari 2011 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Puan Norhakimah binti Hj Muder, Pembantu Tadbir di Unit Kewangan dan pasangannya Encik Zizan bin Hj Ayob. Majlis yang meriah itu telah diadakan di rumah pengantin perempuan iaitu di Kampung Chabang Dua, Johol, Negeri Sembilan.

Semoga Hakimah dan pasangannya akan berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Kenaikan Pangkat Kakitangan BK&P

Berikut adalah senarai kenaikan pangkat kakitangan Bahagian Kewangan & Pembangunan yang yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2011. Tahniah diucapkan dan semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan BK&P ke arah yang lebih cemerlang.

Nama: Hasimah binti Abd Ghani
Bahagian / Unit: Unit Kewangan
Jawatan / Gred Sedia Ada: Pembantu Tadbir (N17)
Jawatan / Gred Baru: Penolong Pegawai Tadbit (N27)
Tarikh Lantikan: 1 Mac 2011


Nama: Muhammad Zul Firdaus bin Jalal
Bahagian / Unit: Unit Perolehan
Jawatan / Gred Sedia Ada: Pembantu Tadbir (N17)
Jawatan / Gred Baru: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)
Tarikh Lantikan: 1 Mac 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...