Wednesday, February 15, 2012

Selamat Pengantin Baru Haziq & Fida


Tahniah diucapkan kepada Encik Irfan Haziq bin Shaari, Juruteknik Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinan bersama Puan Affida binti Abu Bakar pada 4 Februari 2012 (Sabtu) yang lalu di rumah pengantin perempuan di Kuantan, Pahang. Puan Affida yang kini bertugas sebagai Pustakawan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan bekas kakitangan Kraftangan Malaysia di Bahagian Pemuliharaan, Ibu Pejabat dari tahun 2007-2009.

Untuk makluman, Encik Irfan Haziq akan bertukar tempat kerja dari Unit Pembangunan, Ibu Pejabat ke Pusat Inkubator Temerloh, Kraftangan Malaysia cawangan Pahang bermula 1 Mac 2012. Beliau akan bercuti bermula 16 Februari 2012 sebelum memulakan tugas di tempat baru.

Encik Irfan Haziq juga menjemput semua warga Kraftangan Malaysia untuk hadir ke Majlis Perkahwinan beliau di rumah pengantin lelaki yang akan diadakan pada 18 Februari 2012 (Sabtu) di No. 21, Lorong 5/17, Taman Tasik Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Semoga kedua mempelai ini akan berbahagia menempuh alam perkahwinan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Monday, February 13, 2012

Johan Kini Bergelar Seorang Bapa


Ucapan tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Johan bin Kosnan, Penolong Akauntan di Unit Kewangan dan isterinya diatas kelahiran anak sulung mereka pada 25 Januari 2012 yang lalu. Encik Johan yang digelar sebagai Imam Muda di Ibu Pejabat telah dianugerahkan bayi perempuan seberat 3.15 kg yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Mereka telah memilih nama Nur Qaisarah yang bermaksud Cahaya Permaisuri kepada permata hati mereka itu.

Warga BK&P mendoakan agar Qaisarah menjadi anak yang solehah yang akan membahagiakan Encik Johan sekeluarga.

Wednesday, February 8, 2012

Rizan Menemui Jodoh Di Pulau Mutiara


Tidak terlambat rasanya untuk BK&P mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Muhamad Rizan Bin Mahmud, Juruteknik Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2011 (Ahad) di rumahnya di Pontian, Johor. Beliau telah bertemu jodoh dengan pilihan hatinya, Puan Umi Kalsum Binti Zainal Abidin yang merupakan kakitangan Kraftangan Malaysia cawangan Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan telah diadakan pada 26 November 2011 (Sabtu) di Kuala Terengganu, Terengganu. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...