Profail

OBJEKTIF BAHAGIAN

Menyediakan khidmat sokongan dalam bidang kewangan, perolehan, pembangunan fizikal dan senggaraan kepada Bahagian dan Cawangan dalam melaksanakan program dan aktiviti bagi memajukan industri kraf Negara.

FUNGSI BAHAGIAN
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal.
  • Menguruskan penyelenggaraan bangunan dan kawasan Kompleks, Cawangan serta projek-projek pembangunan.
  • Menyediakan bajet mengurus dan mengagihkan peruntukan yang diluluskan serta memantau perbelanjaan.
  • Menguruskan akaun dan sumber kewangan.
  • Menguruskan perolehan kerja, khidmat perunding, bekalan dan perkhidmatan.

UNIT

Terdapat 3 Unit dalam Bahagian ini yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi masing-masing:
  1. Unit Kewangan.
  2. Unit Pembangunan.
  3. Unit Perolehan.
Unit Kewangan

Terdapat empat (4) fungsi utama:

  • Kewangan
Menguruskan segala yang berkaitan dengan pengurusan wang Kraftangan Malaysia samaada dari segi penerimaan atau perbelanjaan. Sebagai contoh, menyedia, menyemak, melulus dan memantau semua pembelian serta pembayaran kepada pembekal dan mengurus semua terimaan bagi semua kutipan Kraftangan Malaysia.

  • Gaji
Menguruskan segala yang berkaitan dengan pembayaran gaji, faedah, elaun, pemberian, pemotongan, penyediaan penyata serta laporan bulanan bagi semua anggota kerja samaada tetap, kontrak, sambilan dan projek. Sebagai contohnya menyemak dan membuat laporan pencen kepada Kumpulan Wang Amanah pencen pada setiap bulan, menyediakan laporan potongan majikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

  • Bajet
Menguruskan sejumlah wang yang telah diagihkan oleh Kerajaan kepada Kraftangan Malaysia melalui geran bagi membiayai perbelanjaan operasi untuk tempoh setahun. Sebagai contoh mengagihkan peruntukan mengurus yang telah diluluskan kepada Bahagian dan Cawangan serta menguruskan permohonan pindaan / tambahan peruntukan setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah.

  • Akaun
Menguruskan segala yang berkaitan dengan penyimpanan dan penyediaan laporan serta penyata (keterangan ringkas) yang melibatkan pembayaran dan penerimaan wang Kraftangan Malaysia. Sebagai contoh menyediakan penutupan akaun tahunan bagi semua akaun yang terdapat di Kraftangan Malaysia dan memantau pelaksanaan Sistem Kewangan Bersepadu SAGA (Sistem Kewangan Century) di peringkat Ibu Pejabat dan cawangan.

Unit Pembangunan
  • Menguruskan perolehan perunding dan kerja melalui sebutharga dan tender projek fizikal / pembangunan.
  • Merancang dan melaksanakan projek pembangunan fizikal senggaraan bangunan (awam, mekanikal, elektrikal dan infrastruktur).
Unit Perolehan

  • Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja melalui Tatacara Perolehan Kerajaan seperti Tender, Sebut Harga dan Pembelian Terus.
  • Menguruskan pelantikan perkhidmatan perunding melalui proses Cadangan Teknikal Dan Kewangan (CTK) dan Lantikan Terus.
  • Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Mesyuarat Lembaga Perolehan Kraftangan Malaysia.
  • Menguruskan pendaftaran pembekal, kajian pasaran dalam perolehan dan mengawalselia pentadbiran kontrak organisasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...