Sunday, July 29, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011

Tahniah diucapkan kepada 6 orang kakitangan BK&P yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2011. Mereka telah menerima anugerah tersebut di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 yang telah diadakan pada 19 Julai 2012 (Khamis) bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Senarai penerima adalah seperti berikut:

Nama: Monaliza binti Che An
Jawatan / Gred: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan (E32)
Unit: Unit Perolehan

Nama: Mohamad Rohaizam bin Mat Ali
Jawatan / Gred: Penolong Juruukur Bahan (J29)
Unit: Unit Pembangunan

Nama: Norlidzan bin Saad
Jawatan / Gred: Juruteknik Kanan (N22)
Unit: Unit Pembangunan

Nama: Nurafliana binti Zulkafli
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (Perkeanian / Operasi) (N17)
Unit: Unit Perolehan

Nama: Abdul Aziz bin Abdul Razak
Jawatan / Gred: Pembantu Am Pejabat (N11)
Unit: Unit Kewangan

Nama: Jailani bin Bahari
Jawatan / Gred: Tukang K3 (R9)
Unit: Unit Pembangunan






Cahayamata Sulung Shafura

Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Shafura binti Che Pura, anggota kerja Unit Perolehan dan suaminya diatas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 8 Julai 2012 yang lalu. Bayi perempuan yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, 3.84kg diberi nama Nur Fatimah Maryam binti Mohamad Nuri.


Tugasan di tempat baru

Unit Pembangunan menerima perubahan baru apabila dua (2) orang anggota kerja akan memulakan tugas di tempat baru. Anggota kerja terbabit adalah En Kamaruddin bin Kasau, Pelukis Pelan, Gred J17 telah bertugas di PKKM Cawangan Selangor mulai 15 Jun 2012.


En Rizan bin Mahmud, Juruteknik, Gred J17 telah bertugas di Kompleks Pulau Pinang mulai 1 Julai 2012.


Manakala En Azly bin Razlan, Juruteknik, Gred J17 telah menamatkan perkhidmatan di PKKM dan memulakan tugas baru di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia di Cawangan Labuan sebagai Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera, Gred J29.

Unit Pembangunan juga telah menerima anggota baru dari PKKM Cawangan Selangor iaitu En Mohd Fathul Moin bin Mohd Hafid, Juruteknik, Gred J17 yang memulakan tugas pada 15 Jun 2012.







Selamat Pengantin Baru Bazli dan Norraimi

Selamat Pengantin Baru kepada Encik Bazli bin Majid, Pembantu Akauntan Unit Kewangan yang telah bertemu jodoh dengan pasangannya Norraimi binti Md Nor. Majlis telah diadakan pada 15 Mei 2012 di rumah pengantin perempuan di Selama, Perak. Manakala majlis di sebelah pihak lelaki telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Bukit Rambai, Melaka. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selamat Pengantin Baru Liana dan Rafidi

Tahniah diucapkan kepada Puan Norafliana binti Zulkafli, Pembantu Tadbir di Unit Perolehan yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangan Mohd Rafidi bin Abdul Talib pada 28 April 2012 dan majlis persandingannya telah diadakan pada 29 April 2012 di Taman Koperasi Polis 1. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Takziah


Pengarah dan seluruh anggota kerja Bahagian Kewangan dan Pembangunan mengucapkan takziah kepada Encik Mohd Ridzwan bin Misran, Penolong Pengarah Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Pembangunan yang telah kehilangan isteri tercinta Allahyarhamah Norhana binti Nuruddin pada pada 18 April 2012 bersamaan 26 Jamadilawal 1433H. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...