Showing posts with label Pertukaran Kakitangan. Show all posts
Showing posts with label Pertukaran Kakitangan. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Tugasan di tempat baru

Unit Pembangunan menerima perubahan baru apabila dua (2) orang anggota kerja akan memulakan tugas di tempat baru. Anggota kerja terbabit adalah En Kamaruddin bin Kasau, Pelukis Pelan, Gred J17 telah bertugas di PKKM Cawangan Selangor mulai 15 Jun 2012.


En Rizan bin Mahmud, Juruteknik, Gred J17 telah bertugas di Kompleks Pulau Pinang mulai 1 Julai 2012.


Manakala En Azly bin Razlan, Juruteknik, Gred J17 telah menamatkan perkhidmatan di PKKM dan memulakan tugas baru di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia di Cawangan Labuan sebagai Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera, Gred J29.

Unit Pembangunan juga telah menerima anggota baru dari PKKM Cawangan Selangor iaitu En Mohd Fathul Moin bin Mohd Hafid, Juruteknik, Gred J17 yang memulakan tugas pada 15 Jun 2012.







Tuesday, April 5, 2011

Pertukaran Kakitangan BK&P

Warga BK&P mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Encik Mohd Sharif bin Hamid yang telah melapor diri di Bahagian Strategi Korporat mulai 1 April 2011 yang lalu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan kepada BK&P semasa beliau bertugas di sini.

Warga BK&P juga mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat Puan Noor Hapizah binti Abdullah yang bertukar dari Bahagian Usahawan. Semoga kehadirannya di Unit Perolehan akan memantapkan lagi perkhidmatan BK&P.

Nama: Mohd Sharif bin Hamid
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (N17)
Penempatan Semasa: Unit Perolehan
Penempatan Baru: Bahagian Strategi Korporat
Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2011


Nama: Noor Hapizah binti Abdullah
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (N17)
Penempatan Semasa: Bahagian Usahawan
Penempatan Baru: Unit Perolehan
Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2011

Wednesday, February 2, 2011

Pertukaran Kakitangan BK&P

Selamat bertugas di tempat baru kepada Encik Shazwan bin Abdul Rahim yang berhijrah ke Bahagian Usahawan. Tugas beliau sebagai Penolong Pengarah di Unit Perolehan akan diganti oleh Encik Mohd Ridzwan bin Misran. Di mana pun anda bertugas, jasa dan bakti yang dicurahkan tetap akan dikenang.

Nama: Shazwan bin Abdul Rahim
Jawatan / Gred: Pegawai Ehwal Ekonomi (E41)
Penempatan Semasa: Unit Perolehan
Penempatan Baru: Bahagian Usahawan
Tarikh Kuat Kuasa: 1 Februari 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...