PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur | Tel : 03-2162 7459 | Faks : 03-2162 7434
Wednesday, November 21, 2012
PUTERI KEDUA
Tahniah dan selamat menjadi bapa kepada puterinya yang ke-2 kepada Juruteknik Unit Pembangunan, Encik Mohd Najib bin Rasdi kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel dan anak yang ke-2 pada 1 November 2012.
Diberi nama Nur Laiyinah Insyirah dilahirkan 3.0 kg secara normal di Hospital Besar Kuala Kangsar. Warga BK&P mengucapkan tahniah kepada beliau.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Belum terlambat lagi rasanya untuk dilayangkan ucapan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan iaitu
Encik Syahrelzal bin Mohd Salleh, Penolong Akauntan di Unit Kewangan bersama pasangan Nur Suhana binti Azhar. Majlis persandingannya telah diadakan pada 6 Oktober 2012 di Taman Ibukota, Gombak.dan
Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid, Juruteknik Unit Pembangunan dan pasangannya Nur Haidah binti Razali. Majlis telah diadakan pada 11 November 2012 Klang Selangor.
Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)