PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur | Tel : 03-2162 7459 | Faks : 03-2162 7434
Wednesday, November 21, 2012
PUTERI KEDUA
Tahniah dan selamat menjadi bapa kepada puterinya yang ke-2 kepada Juruteknik Unit Pembangunan, Encik Mohd Najib bin Rasdi kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel dan anak yang ke-2 pada 1 November 2012.
Diberi nama Nur Laiyinah Insyirah dilahirkan 3.0 kg secara normal di Hospital Besar Kuala Kangsar. Warga BK&P mengucapkan tahniah kepada beliau.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Belum terlambat lagi rasanya untuk dilayangkan ucapan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan iaitu
Encik Syahrelzal bin Mohd Salleh, Penolong Akauntan di Unit Kewangan bersama pasangan Nur Suhana binti Azhar. Majlis persandingannya telah diadakan pada 6 Oktober 2012 di Taman Ibukota, Gombak.dan
Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid, Juruteknik Unit Pembangunan dan pasangannya Nur Haidah binti Razali. Majlis telah diadakan pada 11 November 2012 Klang Selangor.
Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tuesday, September 11, 2012
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1433H
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri kami (Bahagian Kewangan & Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Teknikal) yang telah diadakan pada 10 September 2012 (Isnin).
Sunday, September 2, 2012
Sunday, July 29, 2012
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011
Tahniah diucapkan kepada 6 orang kakitangan BK&P yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2011. Mereka telah menerima anugerah tersebut di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 yang telah diadakan pada 19 Julai 2012 (Khamis) bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Senarai penerima adalah seperti berikut:
Nama: Monaliza binti Che An
Jawatan / Gred: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan (E32)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Mohamad Rohaizam bin Mat Ali
Jawatan / Gred: Penolong Juruukur Bahan (J29)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Norlidzan bin Saad
Jawatan / Gred: Juruteknik Kanan (N22)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Nurafliana binti Zulkafli
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (Perkeanian / Operasi) (N17)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Abdul Aziz bin Abdul Razak
Jawatan / Gred: Pembantu Am Pejabat (N11)
Unit: Unit Kewangan
Nama: Jailani bin Bahari
Jawatan / Gred: Tukang K3 (R9)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Monaliza binti Che An
Jawatan / Gred: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan (E32)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Mohamad Rohaizam bin Mat Ali
Jawatan / Gred: Penolong Juruukur Bahan (J29)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Norlidzan bin Saad
Jawatan / Gred: Juruteknik Kanan (N22)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Nurafliana binti Zulkafli
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (Perkeanian / Operasi) (N17)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Abdul Aziz bin Abdul Razak
Jawatan / Gred: Pembantu Am Pejabat (N11)
Unit: Unit Kewangan
Nama: Jailani bin Bahari
Jawatan / Gred: Tukang K3 (R9)
Unit: Unit Pembangunan
Cahayamata Sulung Shafura
Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Shafura binti Che Pura, anggota kerja Unit Perolehan dan suaminya diatas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 8 Julai 2012 yang lalu. Bayi perempuan yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, 3.84kg diberi nama Nur Fatimah Maryam binti Mohamad Nuri.
Tugasan di tempat baru
En Rizan bin Mahmud, Juruteknik, Gred J17 telah bertugas di Kompleks Pulau Pinang mulai 1 Julai 2012.
Manakala En Azly bin Razlan, Juruteknik, Gred J17 telah menamatkan perkhidmatan di PKKM dan memulakan tugas baru di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia di Cawangan Labuan sebagai Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera, Gred J29.
Unit Pembangunan juga telah menerima anggota baru dari PKKM Cawangan Selangor iaitu En Mohd Fathul Moin bin Mohd Hafid, Juruteknik, Gred J17 yang memulakan tugas pada 15 Jun 2012.
Selamat Pengantin Baru Bazli dan Norraimi
Selamat Pengantin Baru kepada Encik Bazli bin Majid, Pembantu Akauntan Unit Kewangan yang telah bertemu jodoh dengan pasangannya Norraimi binti Md Nor. Majlis telah diadakan pada 15 Mei 2012 di rumah pengantin perempuan di Selama, Perak. Manakala majlis di sebelah pihak lelaki telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Bukit Rambai, Melaka. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru Liana dan Rafidi
Tahniah diucapkan kepada Puan Norafliana binti Zulkafli, Pembantu Tadbir di Unit Perolehan yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangan Mohd Rafidi bin Abdul Talib pada 28 April 2012 dan majlis persandingannya telah diadakan pada 29 April 2012 di Taman Koperasi Polis 1. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Takziah
Pengarah dan seluruh anggota kerja Bahagian Kewangan dan Pembangunan
mengucapkan takziah kepada Encik Mohd
Ridzwan bin Misran, Penolong Pengarah Unit Perolehan, Bahagian Kewangan
dan Pembangunan yang telah kehilangan isteri tercinta Allahyarhamah Norhana
binti Nuruddin pada pada 18 April 2012 bersamaan 26 Jamadilawal 1433H. Semoga
rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Wednesday, February 15, 2012
Selamat Pengantin Baru Haziq & Fida
Tahniah diucapkan kepada Encik Irfan Haziq bin Shaari, Juruteknik Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinan bersama Puan Affida binti Abu Bakar pada 4 Februari 2012 (Sabtu) yang lalu di rumah pengantin perempuan di Kuantan, Pahang. Puan Affida yang kini bertugas sebagai Pustakawan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan bekas kakitangan Kraftangan Malaysia di Bahagian Pemuliharaan, Ibu Pejabat dari tahun 2007-2009.
Untuk makluman, Encik Irfan Haziq akan bertukar tempat kerja dari Unit Pembangunan, Ibu Pejabat ke Pusat Inkubator Temerloh, Kraftangan Malaysia cawangan Pahang bermula 1 Mac 2012. Beliau akan bercuti bermula 16 Februari 2012 sebelum memulakan tugas di tempat baru.
Encik Irfan Haziq juga menjemput semua warga Kraftangan Malaysia untuk hadir ke Majlis Perkahwinan beliau di rumah pengantin lelaki yang akan diadakan pada 18 Februari 2012 (Sabtu) di No. 21, Lorong 5/17, Taman Tasik Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Semoga kedua mempelai ini akan berbahagia menempuh alam perkahwinan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Monday, February 13, 2012
Johan Kini Bergelar Seorang Bapa
Ucapan tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Johan bin Kosnan, Penolong Akauntan di Unit Kewangan dan isterinya diatas kelahiran anak sulung mereka pada 25 Januari 2012 yang lalu. Encik Johan yang digelar sebagai Imam Muda di Ibu Pejabat telah dianugerahkan bayi perempuan seberat 3.15 kg yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Mereka telah memilih nama Nur Qaisarah yang bermaksud Cahaya Permaisuri kepada permata hati mereka itu.
Warga BK&P mendoakan agar Qaisarah menjadi anak yang solehah yang akan membahagiakan Encik Johan sekeluarga.
Wednesday, February 8, 2012
Rizan Menemui Jodoh Di Pulau Mutiara
Tidak terlambat rasanya untuk BK&P mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Muhamad Rizan Bin Mahmud, Juruteknik Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2011 (Ahad) di rumahnya di Pontian, Johor. Beliau telah bertemu jodoh dengan pilihan hatinya, Puan Umi Kalsum Binti Zainal Abidin yang merupakan kakitangan Kraftangan Malaysia cawangan Pulau Pinang.
Majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan telah diadakan pada 26 November 2011 (Sabtu) di Kuala Terengganu, Terengganu. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)