Wednesday, February 8, 2012

Rizan Menemui Jodoh Di Pulau Mutiara


Tidak terlambat rasanya untuk BK&P mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Muhamad Rizan Bin Mahmud, Juruteknik Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2011 (Ahad) di rumahnya di Pontian, Johor. Beliau telah bertemu jodoh dengan pilihan hatinya, Puan Umi Kalsum Binti Zainal Abidin yang merupakan kakitangan Kraftangan Malaysia cawangan Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan telah diadakan pada 26 November 2011 (Sabtu) di Kuala Terengganu, Terengganu. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...