Makluman kepada semua cawangan dan bahagian,
Adalah dimaklumkan bahawa, peruntukan perjalanan luar negara adalah terhad dan daripada semakan rekod didapati kos yang tinggi adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
a) Kos tiket kapal terbang;
b) Menginap di hotel yang mengenakan bayaran tinggi;
c) Tidak berkongsi bilik (sama jantina); dan
d) Membuat tuntutan lojing walaupun berkongsi bilik.
Sehubungan itu, beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kos perjalanan luar negara selaras dengan arahan dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) seperti berikut:
a) Semua pembelian tiket kapal terbang bagi pegawai gred 52 dan ke bawah hendaklah dibeli melalui BERNAMA yang telah sudi membantu KPKK mendapatkan tiket pada kadar yang paling murah (tanpa Waran Peruntukan Udara);
b) Semua pegawai Gred 48 dan ke bawah (sama jantina) jika bertugas melebihi seorang hendaklah berkongsi bilik. Tuntutan lojing tidak dibenarkan sama sekali;
c) Menginap di hotel yang menawarkan kadar berpatutan atau kadar yang lebih murah berbanding dengan pengesyoran daripada Malawakil; dan
d) Menggunakan kemudahan pengangkutan awam ke destinasi jika perlu. Semua tuntutan tambang teksi sekiranya ada perlu dengan beresit. Tuntutan tanpa resit adalah tidak dibenarkan.
Semoga berada dalam makluman pihak tuan / puan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment