Sunday, December 26, 2010

Tahniah!!! PMR 9A


Tahniah diucapkan kepada Encik Sahazubir bin Idris dari Unit Kewangan kerana seorang lagi anaknya telah memperolehi keputusan semua A dalam peperiksaan. Setelah anak ketiganya mencatat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini, kali ini anak keduanya pula yang bernama Yuhanis telah mendapat 9A dalam peperiksaan PMR.

Encik Sahazubir yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda wajar dijadikan contoh kepada semua warga Kraftangan. Beliau yang merupakan penggerak utama aktiviti keagamaan di Ibu Pejabat Kraftangan Malaysia berjaya mendidik anak-anaknya ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat.

Wednesday, December 8, 2010

Najib Bergelar Bapa


Tanggal 28 November 2010 merupakan tarikh yang begitu bermakna kepada Encik Mohd Najib bin Mohd Rasdi, kakitangan Unit Pembangunan kerana telah melaungkan iqamah ke telinga anak sulungnya yang baru lahir seterusnya melalui fasa baru kehidupan sebagai seorang bapa. Anak perempuan seberat 2.6 kg itu telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Kangsar, Perak dan diberi nama NUR LIYANA IRDINA.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1430H


Selamat Menyambut Awal Muharam kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga dengan kedatangan tahun ini akan lebih memberi makna pada kehidupan kita serta mendapat lebih rahmat dan keredhaan ALLAH, Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.


Pada hari tersebut, kita disunatkan membaca doa-doa yang berikut:

1) Doa Akhir Tahun : Doa ini dibaca pada akhir tahun iaitu pada waktu Asar hari terakhir Zulhijjah beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib

2) Doa Awal Tahun : Doa ini dibaca pada awal Muharram selepas sembahyang Maghrib.

Ridzuan Menamatkan Zaman Bujang


Pada 28 November 2010 yang lalu, seorang lagi warga Bahagian Kewangan & Pembangunan telah menamatkan zaman bujangnya. Beliau ialah Mohd Ridzuan bin Ramli (gambar) dari Unit Kewangan dan pasangannya Jannatul Rabani binti Jamaludin. Pasangan yang berasal dari Kedah itu telah melangsungkan majlis perkahwinan di rumah pengantin lelaki di Kampung Gerigis, Alor Star, Kedah.

Semoga Ridzuan dapat memimpin pasangannya dalam membina Baitul Muslim dan dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah.

Azahari Mendapat Baby Lelaki


Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Azahari bin Tahir @ Mohamed dari Unit Pembangunan dan isterinya kerana telah dikurniakan cahaya mata yang keempat pada 27 September 2010 yang lalu. Baby lelaki yang mirip wajah ayahnya itu telah dilahirkan di Hospital Serdang dengan berat 3.2 kg dan telah diberi nama MUHAMMAD WAZIF ALIMI.

Thursday, December 2, 2010

Selamat Pengantin Baru Zana & Faray

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Puan Suzana binti Harun, kakitangan Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan Encik Muhamad Faray bin Ahmad, rakan sekerja dari Unit Pembangunan Sumber Manusia. Majlis telah diadakan pada 27 November 2010 (Sabtu) di Kompleks Sukan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.




Saturday, November 13, 2010

Tahniah!!! UPSR 5A


Tahniah diucapkan kepada Encik Sahazubir bin Idris yang lebih dikenali sebagai Pak Uda dari Unit Kewangan kerana anaknya Muhammad Ammar telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Berkat hasil doa ibu bapa dan usaha anak telah membuahkan hasilnya. Tahniah sekali lagi. Diharapkan Pak Uda sudi berkongsi rahsia bagaimana cara beliau mendidik anaknya sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.

Thursday, November 11, 2010

Kelahiran Baru


Tahniah diucapkan kepada Puan Monaliza binti Che An, kakitangan Unit Perolehan dan suaminya kerana telah dikurniakan cahaya mata yang kedua pada 6 Ogos 2010 yang lalu. Bayi lelaki comel seberat 3.7 kg itu telah dilahirkan di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan diberi nama MUHAMMAD FARIS HAZIM BIN NAZRAN. Semoga Faris akan menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya.



Jamuan Hari Raya Bahagian

Pada 5 Oktober 2010 yang lalu, Bahagian Kewangan & Pembangunan telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Eidul Fitri di ruang kerja Bahagian Kewangan & Pembangunan. Berikut adalah gambar-gambar menarik ketika majlis berlangsung.













Wednesday, November 10, 2010

Penyerahan Van Kepada Cawangan Pahang

Pada 9 Julai 2010 yang lalu, Unit Perolehan telah menyerahkan sebuah van Toyota Hiace kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Van yang bernilai RM95,390.00 itu akan digunakan di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pekan, Pahang. 

Pengarah BK&P, Encik Bhasri bin Othman menyerahkan kunci van kepada Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Encik Mohd Zubair bin Mohd Zain sambil disaksikan oleh wakil Bahagian Usahawan, Encik Norizwan bin Mat Nor

Koleksi Kad Raya

Sempena sambutan Hari Raya Eidul Fitri pada 10 September 2010 yang lalu,  kita telah menerima pelbagai jenis kad ucapan Hari Raya yang dibuat dengan idea yang unik dan kreatif dari bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia. Bahagian Kewangan & Pembangunan juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian. Berikut adalah kad yang dikirim oleh unit-unit kami.

Unit Kewangan

Unit Pembangunan

Unit Perolehan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...