DASAR PEROLEHAN KERAJAAN
- Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/barangan tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan tempatan;
- Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi;
- Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera; dan
- Memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan Kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
OBJEKTIF PEROLEHAN KERAJAAN
- Menguruskan perolehan secara cekap dan berkesan;
- Mendapatkan harga yang paling menguntungkan Kerajaan;
- Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan tempatan;
- Menggalakkan pemindahan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa sektor industri negara; dan
- Sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar nasional.
PRINSIP PEROLEHAN KERAJAAN
- Akauntabiliti Awam - Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Diuruskan Secara Telus – Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Nilai Faedah Yang Terbaik – Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
- Saingan Terbuka – Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing.
- Adil dan Saksama – Sesuatu perolehan itu dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment