BAHAGIAN KEWANGAN & PEMBANGUNAN
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur | Tel : 03-2162 7459 | Faks : 03-2162 7434
Monday, January 21, 2013
KERJA DI TEMPAT BARU
En Fathul Muin bin Mohd Hafid, Juruteknik Unit Pembangunan yang akan memulakan tugas baru beliau sebagai Pen. Penguasa Bomba, gred KB29. Beliau akan memulakan tugas tersebut mulai 1 Disember 2012.
Semoga beliau dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna di tempat baru.
Wednesday, November 21, 2012
PUTERI KEDUA
Tahniah dan selamat menjadi bapa kepada puterinya yang ke-2 kepada Juruteknik Unit Pembangunan, Encik Mohd Najib bin Rasdi kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel dan anak yang ke-2 pada 1 November 2012.
Diberi nama Nur Laiyinah Insyirah dilahirkan 3.0 kg secara normal di Hospital Besar Kuala Kangsar. Warga BK&P mengucapkan tahniah kepada beliau.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Belum terlambat lagi rasanya untuk dilayangkan ucapan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan iaitu
Encik Syahrelzal bin Mohd Salleh, Penolong Akauntan di Unit Kewangan bersama pasangan Nur Suhana binti Azhar. Majlis persandingannya telah diadakan pada 6 Oktober 2012 di Taman Ibukota, Gombak.dan
Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid, Juruteknik Unit Pembangunan dan pasangannya Nur Haidah binti Razali. Majlis telah diadakan pada 11 November 2012 Klang Selangor.
Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan menemui kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tuesday, September 11, 2012
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1433H
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri kami (Bahagian Kewangan & Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Teknikal) yang telah diadakan pada 10 September 2012 (Isnin).
Sunday, September 2, 2012
Sunday, July 29, 2012
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011
Tahniah diucapkan kepada 6 orang kakitangan BK&P yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2011. Mereka telah menerima anugerah tersebut di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 yang telah diadakan pada 19 Julai 2012 (Khamis) bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Senarai penerima adalah seperti berikut:
Nama: Monaliza binti Che An
Jawatan / Gred: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan (E32)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Mohamad Rohaizam bin Mat Ali
Jawatan / Gred: Penolong Juruukur Bahan (J29)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Norlidzan bin Saad
Jawatan / Gred: Juruteknik Kanan (N22)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Nurafliana binti Zulkafli
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (Perkeanian / Operasi) (N17)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Abdul Aziz bin Abdul Razak
Jawatan / Gred: Pembantu Am Pejabat (N11)
Unit: Unit Kewangan
Nama: Jailani bin Bahari
Jawatan / Gred: Tukang K3 (R9)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Monaliza binti Che An
Jawatan / Gred: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan (E32)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Mohamad Rohaizam bin Mat Ali
Jawatan / Gred: Penolong Juruukur Bahan (J29)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Norlidzan bin Saad
Jawatan / Gred: Juruteknik Kanan (N22)
Unit: Unit Pembangunan
Nama: Nurafliana binti Zulkafli
Jawatan / Gred: Pembantu Tadbir (Perkeanian / Operasi) (N17)
Unit: Unit Perolehan
Nama: Abdul Aziz bin Abdul Razak
Jawatan / Gred: Pembantu Am Pejabat (N11)
Unit: Unit Kewangan
Nama: Jailani bin Bahari
Jawatan / Gred: Tukang K3 (R9)
Unit: Unit Pembangunan
Cahayamata Sulung Shafura
Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Shafura binti Che Pura, anggota kerja Unit Perolehan dan suaminya diatas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 8 Julai 2012 yang lalu. Bayi perempuan yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, 3.84kg diberi nama Nur Fatimah Maryam binti Mohamad Nuri.
Subscribe to:
Posts (Atom)







