Thursday, March 24, 2011

Sesi Pemeriksaan dan Serahan Bas Baru








Pada 16 Mac 2011 (Rabu) yang lalu, telah diadakan sesi pemeriksaan dan serahan bas baru kepada Institut Kraf Negara di Institut Kraf Negara, Rawang. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah Bahagian Kewangan & Pembangunan, Pengarah Institut Kraf Negara, beberapa orang kakitangan Kraftangan Malaysia dan juga 2 orang wakil dari syarikat pembuat bas, Sumai Engineering Sdn Bhd iaitu Pengurus Besar dan Pengurus Pemasaran mereka.

Bas yang bernilai RM495,000.00 itu telah diuji dan diperiksa untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada peringkat awal sebelum penyerahan dibuat. Pihak Sumai Engineering akan membaiki sebarang kerosakan atau kecacatan sepanjang tempoh jaminan selama setahun.

Dalam ujian itu, Yang Berusaha Ketua Pengarah telah memandu sendiri bas yang mendapat sentuhan rekaan dari Pusat Rekaan Kraf, Kraftangan Malaysia. Bas tersebut menggunakan chasis Scania buatan Sweden yang diakui antara chasis bas yang terbaik.

Semoga perjalanan pelajar-pelajar Institut Kraf Negara dan kakitangan Kraftangan Malaysia akan lebih lancar selepas ini dengan pembelian bas baru tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...