Pada 25 Mac 2011 yang lalu, Bahagian Kewangan & Pembangunan telah mengadakan jamuan bagi meraikan seorang anggota kerja yang akan berpindah ke bahagian lain, 3 orang kakitangan baru, 3 orang Pembantu Akauntan yang akan melapor diri di cawangan setelah 2 bulan menjalani latihan di Unit Kewangan dan 2 orang pelajar dari UiTM yang akan menamatkan latihan praktikal mereka setelah 5 bulan menjalani latihan di Unit Kewangan.
Anggota kerja yang akan berpindah ialah Encik Mohd Sharif bin Hamid yang bertukar dari Unit Perolehan ke Bahagian Strategi Korporat pada 1 April 2011. Anggota kerja baru yang mula melapor diri pada 1 Februari pula ialah Cik Nur Aini binti Abdollah (Unit Kewangan), Puan Nurul Shafura binti Che Pura (Unit Perolehan) dan Encik Mohd Shanaidi bin Mohd Shafiae (Unit Pembangunan). Manakala 3 orang Pembantu Akauntan yang akan melapor diri di cawangan pada 1 April ialah Cik Amalina binti Rossli (Selangor), Cik Norazima binti Zakaria (P. Pinang) dan Cik Nurul Aini binti Md Dan (N. Sembilan).
2 orang pelajar jurusan BBA (Hons) Finance dari UiTM yang diraikan ialah Cik Nur Suhana binti Azhar dan Cik Shahida binti Sanuse yang akan menamatkan latihan praktikal mereka pada 15 April 2011. Berikut adalah gambar-gambar menarik ketika majlis berlangsung.
No comments:
Post a Comment