Sunday, July 29, 2012

Tugasan di tempat baru

Unit Pembangunan menerima perubahan baru apabila dua (2) orang anggota kerja akan memulakan tugas di tempat baru. Anggota kerja terbabit adalah En Kamaruddin bin Kasau, Pelukis Pelan, Gred J17 telah bertugas di PKKM Cawangan Selangor mulai 15 Jun 2012.


En Rizan bin Mahmud, Juruteknik, Gred J17 telah bertugas di Kompleks Pulau Pinang mulai 1 Julai 2012.


Manakala En Azly bin Razlan, Juruteknik, Gred J17 telah menamatkan perkhidmatan di PKKM dan memulakan tugas baru di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia di Cawangan Labuan sebagai Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera, Gred J29.

Unit Pembangunan juga telah menerima anggota baru dari PKKM Cawangan Selangor iaitu En Mohd Fathul Moin bin Mohd Hafid, Juruteknik, Gred J17 yang memulakan tugas pada 15 Jun 2012.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...