Wednesday, February 15, 2012

Selamat Pengantin Baru Haziq & Fida


Tahniah diucapkan kepada Encik Irfan Haziq bin Shaari, Juruteknik Unit Pembangunan yang telah melangsungkan perkahwinan bersama Puan Affida binti Abu Bakar pada 4 Februari 2012 (Sabtu) yang lalu di rumah pengantin perempuan di Kuantan, Pahang. Puan Affida yang kini bertugas sebagai Pustakawan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan bekas kakitangan Kraftangan Malaysia di Bahagian Pemuliharaan, Ibu Pejabat dari tahun 2007-2009.

Untuk makluman, Encik Irfan Haziq akan bertukar tempat kerja dari Unit Pembangunan, Ibu Pejabat ke Pusat Inkubator Temerloh, Kraftangan Malaysia cawangan Pahang bermula 1 Mac 2012. Beliau akan bercuti bermula 16 Februari 2012 sebelum memulakan tugas di tempat baru.

Encik Irfan Haziq juga menjemput semua warga Kraftangan Malaysia untuk hadir ke Majlis Perkahwinan beliau di rumah pengantin lelaki yang akan diadakan pada 18 Februari 2012 (Sabtu) di No. 21, Lorong 5/17, Taman Tasik Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Semoga kedua mempelai ini akan berbahagia menempuh alam perkahwinan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...