Saturday, November 13, 2010

Tahniah!!! UPSR 5A


Tahniah diucapkan kepada Encik Sahazubir bin Idris yang lebih dikenali sebagai Pak Uda dari Unit Kewangan kerana anaknya Muhammad Ammar telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Berkat hasil doa ibu bapa dan usaha anak telah membuahkan hasilnya. Tahniah sekali lagi. Diharapkan Pak Uda sudi berkongsi rahsia bagaimana cara beliau mendidik anaknya sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.

Thursday, November 11, 2010

Kelahiran Baru


Tahniah diucapkan kepada Puan Monaliza binti Che An, kakitangan Unit Perolehan dan suaminya kerana telah dikurniakan cahaya mata yang kedua pada 6 Ogos 2010 yang lalu. Bayi lelaki comel seberat 3.7 kg itu telah dilahirkan di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan diberi nama MUHAMMAD FARIS HAZIM BIN NAZRAN. Semoga Faris akan menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya.



Jamuan Hari Raya Bahagian

Pada 5 Oktober 2010 yang lalu, Bahagian Kewangan & Pembangunan telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Eidul Fitri di ruang kerja Bahagian Kewangan & Pembangunan. Berikut adalah gambar-gambar menarik ketika majlis berlangsung.













Wednesday, November 10, 2010

Penyerahan Van Kepada Cawangan Pahang

Pada 9 Julai 2010 yang lalu, Unit Perolehan telah menyerahkan sebuah van Toyota Hiace kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Van yang bernilai RM95,390.00 itu akan digunakan di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pekan, Pahang. 

Pengarah BK&P, Encik Bhasri bin Othman menyerahkan kunci van kepada Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Encik Mohd Zubair bin Mohd Zain sambil disaksikan oleh wakil Bahagian Usahawan, Encik Norizwan bin Mat Nor

Koleksi Kad Raya

Sempena sambutan Hari Raya Eidul Fitri pada 10 September 2010 yang lalu,  kita telah menerima pelbagai jenis kad ucapan Hari Raya yang dibuat dengan idea yang unik dan kreatif dari bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia. Bahagian Kewangan & Pembangunan juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian. Berikut adalah kad yang dikirim oleh unit-unit kami.

Unit Kewangan

Unit Pembangunan

Unit Perolehan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...